oleh Najihah Rani
TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet Kolej Rahim Kajai (KRK) atas kejayaan memperoleh 7 EMAS, 3 PERAK, DAN 6 GANGSA sekali gus KOLEJ RAHIM KAJAI dinobatkan Naib Johan Keseluruhan SUKEM pada Majlis Penutupan SUKEM pada 12 Disember 2013 yang lepas. Medal dan sijil penghargaan dianugerahkan kepada para atlet yang berjaya dan sejumlah wang tunai bernilai RM1 500.00 pada kolej kediaman yang berjaya memungut pingat terbanyak.
Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai SUKEM adalah pertandingan sukan tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. SUKEM melibatkan kesemua kolej-kolej kediaman UKM; Kampus Induk dan Kampus KL. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola tampar, futsal, sofbol, bola jaring, tenis, golf dan banyak lagi.
Malam penutupan SUKEM 2013 telah dirasmikan oleh Mantan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Acara penutupan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor UKM; Prof. Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim, pengetua-pengetua kolej kediamana UKM dan wakil dari pihak Pusat Sukan UKM. Senam Seni 1Malaysia dijadikan gimik perasmian kepada acara penutupan.
0 comments:
Post a Comment