Tuesday 1 October 2013

MENYELAMI ADAT BUDAYA DI REWANG D'KAJAI III

Oleh:  Danial Abdullah



  Program Rewang D’Kajai anjuran Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Rahim Kajai dengan kerjasama Kolej Dato' Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung pada 20 dan 21 September 2013 yang bertempatkan di Kolej Rahim Rahim. Program kali ini menampilkan kelainan yang cukup mengagumkan dengan tema yang mengangkat adat budaya perkahwinan Melayu Johor dan perkahwinan campur 1Malaysia.
            Program gilang gemilang ini telah dilakukan sebanyak tiga kali dan telah menjadi satu identity yang gah bagi Kolej Rahim Kajai ini. Rewang D’Kajai III telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr. Ir. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) pada 21 September 2013.
Rewang dengan erti kata lain bermaksud persediaan sebelum majlis perkahwinan sudah pastinya mampu untuk mengeratkan lagi hubungan di antara penghuni-penghuni Kolej Rahim Kajai sekali gus memperkenalkan adat budaya perkahwinan Melayu Johor yang terkenal dengan sistem tol sebagai adat menyambut tetamu dan pengantin lelaki yang mana pihak pengantin lelaki seharusnya memberikan wang kepada pihak pengantin perempuan.
            Rewang D’Kajai III juga menampilkan kelainan dengan mengadakan majlis khatam Al-Quran oleh pelajar-pelajar Kolej Rahim Kajai itu sendiri. Bagi konsep perkahwinan campur 1Malaysia, penglibatan seorang pelajar lelaki berbangsa Cina dari Kolej Dato’ Onn sebagai pengantin lelaki dan pelajar perempuan berbangsa India sebagai pengantin perempuan sudah semestinya menarik perhatian para tetamu di samping terhibur dengan paluan kompang dan persembahan silat.
            Turut hadir ke Rewang D’Kajai III, Dr. Rosslee Rajikan, Pengetua Kolej Rahim Kajai serta pelajar-pelajar dari pelbagai kolej kediaman untuk membuat persembahan pada hari tersebut.



 

0 comments:

Post a Comment