Tuesday 1 October 2013

UKM BAKAL MENCIPTA REKOD SENAM 36 JAM TANPA HENTI

Oleh: Mary Lementan Bhoo


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Record melalui program persembahan Senam 1Malaysia selama 36 jam tanpa henti bulan depan. Program yang julung kalinya dikendalikan oleh Pusat Sukan UKM telah mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pendidikan.
      
            Timbalan Naib Canselor UKM Prof. Datuk Dr. Ir. Othman A.Karim berkata 1,500 peserta termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, Jabatan Belia dan Sukan, sekolah rendah dan menengah serta pelbagai golongan yang lain akan memulakan senaman bermula 10 pagi pada 5 Oktober sehingga 10 malam 6 Oktober depan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program senaman itu, diharapkan dapat mengatasi rekod senaman 26 jam yang dilakukan kumpulan J-Aerobik Kementerian Belia dan Sukan tahun lalu, katanya pada sidang akhbar di universiti itu di sini hari ini.Pada hari yang sama, turut diadakan simulasi senaman 1Malaysia yang disertai oleh Kolej Rahim Kajai  iaitu seramai 10 orang dan selebihnya terdiri daripada kakitangan-kakitangan dan pelajar Permata PINTAR.

              Program ini bertujuan untuk memupuk semangat  cintakan kesukanan dan kesenian dalam kalangan  warga Institut Pengajian Tinggi( pelajar dan kakitangan-kakitangan) serta masyarakat komuniti berbilang bangsa dan usia yang mengambil bahagian disamping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain selain dapat mengharumkan nama agensi yang terlibat iaitu secara langsung dalam menjayakan program ini iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Universiti Kebangsaan Malaysia selaku urusetia kepada program tersebut.

      Turut hadir Pengarah Kanan (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Mohamed Adnan Hamzah dan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya JKKN Ramlah Amir. 


Pelajar Kolej Rahim Kajai yang terlibat dalam simulasi Senam 1Malaysia
Tetamu yang turut hadir sempena simulasi Senam 1Malaysia bersama-sama pelajar Pernata PINTAR dan mahasiswa Kolej Rahim Kajai

0 comments:

Post a Comment