PENGETUA

Pengetua Kolej Rahim Kajai
Pengetua
Kolej Rahim Kajai
DR. Roslee Rajikan dilahirkan pada 30 Julai 1970 di Muar, Johor.
Berkelulusan Sarjana Muda Sains (Hons) Dietetik. (1994) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana Pemakanan Manusia dan Metabolisme (1996) di Universiti Abeerdeen, kemudian ke peringkat Doktor Falsafah atau PhD. (Sains Tumbuhan dan Pemakanan) (2005) di University of Glasgow. Merupakan Timbalan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir pada tahun 2006 hingga 2011. Penyelaras Program Diploma Siswazah Dietetik di bawah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM pada tahun 2007 hingga 2011. Merupakan Timbalan Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran pada tahun 2011, Timbalan Komandan (Left. Kol) di dalam Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UKM bermula tahun 2011 hingga kini. Seterusnya menjadi Penyelaras Tahun 3 bagi Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM dari tahun 2012 hingga kini dan telah menjadi Pengetua Kolej Rahim Kajai dari tahun 2011 hingga kini.
Beliau juga pernah menjadi seorang tutor sementara di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994-1995, seterusnya menjadi pensyarah di UKM pada tahun 1996-2002. Kini, beliau merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2007 hingga kini. Turut terlibat dalam penghasilan jurnal peirngkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment