Tuesday, 1 October 2013

GENERASI BAHARU MEWARNAI KOLEJ RAHIM KAJAI



Oleh: Danial Abdullah


Lautan manusia telah membanjiri kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1 September 2013 untuk bergelar seorang mahasiswa dan melanjutkan pengajian ijazah pertama mereka di sini hari ini bagi sesi akademik 2013/2014. Seramai 207 orang pelajar daripada 3,325 orang pelajar yang mendaftar telah ditempatkan di Kolej Rahim Kajai, UKM. 
            Kolej Rahim Kajai yang terkenal dengan motonya tersendiri, None But The Best sudah pastinya menerima kedatangan putera dan puteri baharu sebagai penghuni kolej tersebut. Menurut salah seorang pelajar tahun 1 jurusan Sains Aktuari, Ahmad Asyraf Burhani mengatakan bahawa dia cukup berpuas hati dan seronok kerana telah ditempatkan di Kolej Rahim Kajai yang menyediakan kemudahan yang amat baik.
            Tambahnya lagi, segala pengurusan dan pentadbiran di kolej ini dilakukan dengan penuh dedikasi dan kerjasama pengetua kolej ini sendiri, Lt Kol (PA) Dr. Roslee Bin Rajikan, staf-staf kolej, felo-felo dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) sesi ini jelas kelihatan.

 “Lokasi kolej yang berhampiran dengan padang, stadium dan kolam renang memudahkan saya untuk melakukan aktiviti riadah di waktu petang”, katanya.

               Perkhidmatan bas dan teksi juga senang untuk didapati apabila mendiami kolej yang sering menjadi laluan kenderaan awam tersebut. Pelajar baharu juga akan merasai suasana mengendalikan program-program yang cukup gah di kolej ini mahupun di peringkat UKM. Antara program yang menjadi identiti Kolej Rahim Kajai merupakan Rewang D’Kajai yang melibatkan pelajar dan kakitangan kolej itu sendiri.

Pelajar baharu Kolej Rahim Kajai ceria bersama MEP sewaktu Minggu Mesra Pelajar Sesi 2013/2014

Tekun pelajar tahun 1 Kolej Rahim Kajai mendengar taklimat Minggu Mesra Pelajar Sesi 2013/2014

0 comments:

Post a Comment